Ahad, 15 November 2009

Hari Jadi yang ke-3, ALADIN

Dicatat oleh AKU di 10:10 PG 0 ulasan
Hai..... hari ni saya nak cerita tentang adik saya yang comel... baru - baru ni, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik lelaki saya. Namanya Aladdin, sambutan hari jadi ini adalah hari jadi yang ke-3. Kami sambut keluarga saja tapi kami sambut dengan meriah....

Pada hari itu, kami hias rumah dengan cantik... Ibu juga sediakan makanan yang sedap - sedap.
Babah pula belikan hadiah dan kek untuk Aladin. Malam sebelum hari jadi Aladdin kami pergi ke Tesco membeli perhiasan untuk hari jadi Aladdin. Saya sangat seronok memilih sehingga rasa nak beli semua.... tapi ibu cakap kita gunakan tema biru. jadi semua perhiasan kami pilih warna biru...Kami beli belon, perhiasan dinding dan macam macam lagi. Paling istimewa, kami beli lilin bentuk lampu aladdin, sesuai sangat dengan adik saya, Aladdin....

Saya hadiahkan Aladdin cermin mata berwarna biru. Kebetulan adik saya ini sangat suka melawa...bila dapat cermin mata ni, dia terus pakai. Saya suka tengok.... Aladdin cakap dia hensem... kami sekeluarga gelihati melihat perangai Aladdin....


Khamis, 25 Jun 2009

MELAWAT KE PERPUSTAKAAN NEGARA.

Dicatat oleh AKU di 11:31 PG 0 ulasan
Hai.... Asalamualaikum dah lama saya tak masuk dalam blog ini...

Hari ini saya nak cerita tentang aktiviti saya pada cuti sekolah yang lepas. Pada cuti sekolah yang lepas saya pergi ke Perpustakaan Negara. Saya pergi semperna Hari Mari Membaca. Di sana ada juga membuat jualan buku -buku. Perpustakaan Negara ada menyediakan ruang kanak-kanak. Saya masuk ke dalam perpustakaan kanak-kanak.Di dalam perpustakaan kanak-kanak terdapat banyak buku untuk dibaca. Terlalu banyak sampai saya tak tahu nak pilih buku mana untuk dibaca.

Saya baca banyak buku tapi ada dua buku yang paling saya suka. Buku itu bertajuk "Craft and Games" dan "Friendship Bracelet". Buku Craft and Games mengajar bagaimana nak membuat permainan daripada bahan terbuang. Contohnya seperti anak patung yang dibuat mengunakan kotak, dam gergasi, kapal terbang dan macam -macamlah..... Cara-cara membuatnya juga mudah.Nanti saya akan cuba buat dirumah. Selain seronok saya juga boleh jimat...Tak payah beli mainan mahal-mahal...

Buku frienship bracelet pula mengajar cara-cara nak membuat perhiasan diri dan pakaian dan kasut. Ada cara nak buat klip rambut, rantai dan gelang. Ada yang dibuat dari manik dan juga dari benang. Sangat cantik dan menarik. Saya pula memang suka dengan kerja kraft jadi buku ini sesuai sangat dengan saya...

Di dalam Perpustakaan kanak-kanak terdapat satu bilik dipanggil Pusat HiperMedia. Di Pusat HiperMedia terdapat satu bilik kecil dipanggil Sudut Ceria.Di dalam itu saya boleh tengok TV. Di situ juga ada beberapa biji komputer untuk bermain game pendidikan. Banyak yang saya dan adik-beradik saya dapat di perpustakaan. Selain seronok saya juga dapat menambah pengetahuan. Adik-adik saya juga amat suka pada hari itu...Mereka suka pada buku-buku yang berwarna-warni.Perangai adik-adik saya buat saya ketawa.Saya harap dapat datang ke Perpustakaan Negara lagi...


Sabtu, 6 Jun 2009

Melukis Komik

Dicatat oleh AKU di 12:51 PG 0 ulasan
INI ADALAH LUKISAN KOMIK SAYA.


Dulu saya pernah beritahu, saya ada melukis komik. Komik saya bertajuk Penyiasat cilik. Sekarang buku komik itu telah siap. Ada 5 buah semuanya. Tajuk kecil cerita ialah :

1- Menangkap Pencuri
2- Along
3- Siapa yang conteng
4- Mahkluk Asing
5- Kesian

Setiap cerita, saya reka sendiri. Saya tahu banyak yang masih lemah. Tapi saya akan berusaha jadikan komik saya lebih baik. Saya beruntung kerana ada ibu, sebab ibu banyak memberi saya dorongan. Bacalah cerita saya ye...Semoga terhibur

Khamis, 29 Januari 2009

Buat Kotak Hadiah...

Dicatat oleh AKU di 8:24 PG 0 ulasan
Tahun Baru Cina ni, saya bercuti selama seminggu. Boring juga duduk rumah aje, jadi saya ajak ibu dan adik beradik buat aktiviti. Saya belajar buat kotak hadiah yang kecil. Rupanya buat kotak ni tak la susah sangat.Kotak ini boleh isi barang-barang kecil macam keronsang, rantai atau cincin dan mainan kecil. Saya nak buat banyak-banyak dan beri pada kawan-kawan. Saya nak isi kotak itu dengan bintang kecil. Harap kawan-kawan saya suka.Di bawah ni ada gambar hasil kerja saya membuat kotak....Tak la cantik sangat tapi saya akan belajar sampai pandai....



Inilah hasil kotak hadiah yang telah dibuat....

 

DIARI ADINA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal