Selasa, 23 Disember 2008

Saya dan Aktiviti saya

Dicatat oleh AKU di 4:30 PG 0 ulasan
Nama penuh saya Nurain Adina.Umur saya 8 tahun.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana,Ampang.Saya suka buat banyak benda...... Salah satu yang saya suka sangat buat ialah melukis. Saya ada juga buat komik. Komik saya bertajuk 'PENYIASAT CILIK'. Ibu kata kalau nak pandai melukis kita kena rajin berlatih.
Cuti sekolah ni, kami adik-beradik belajar buat kraf.Kami buat kad ucapan sendiri.Saya buat kad gambar bintang.Ibu beri tunjuk ajar dan akan tolong kalau kena pakai benda-benda tajam seperti pisau.Kami ikut tunjuk ajar ibu dan hasilnya amat cantik.
Ibu kata,kad itu boleh bagi pada siapa saja yang saya nak.Saya ada bagi satu kad ini pada kawan.Dia tinggal di Klang. Saya harap dia suka kad tu..... Saya juga ada buat satu kad dan beri pada ibu diharijadinya.Lagi satu saya akan simpan sehingga harijadi babah.
Saya juga ada buat beg kecil. Saya belajar dari ibu, tapi saya hanya memakai mesin jahit hanya apabila ibu ada sebab bahaya...Saya harap satu hari saya pandai jahit baju sendiri.
Saya juga suka memasak....Saya dah pandai masak telur, goreng ayam dan ikan juga goreng sayur. Nanti saya akan suruh ibu rakam gambar saya memasak untuk masukkan dalam blog saya ni...
Di bawah ni, saya tunjukkkan lukisan - lukisan yang pernah saya buat.Beg tu cantik tak ??!! Nanti lain kali saya akan tunjuk cara buat beg kecil ini...
Selamat terhibur.




Khamis, 18 Disember 2008

Dicatat oleh AKU di 9:23 PG 0 ulasan


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


 

DIARI ADINA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal