5 tahun yang lalu
Rabu, 27 Oktober 2010
Ahad, 10 Oktober 2010
HARI JADI LILLA YANG KE 5 TAHUN.
Pada minggu lepas, saya dengan keluarga saya meraikan hari jadi adik saya Ain Naslila. Ibu merakam saya dan adik-beradik saya menyanyi lagu hari jadi bersama-sama. Lepas itu adik saya meniup lilin hari jadinya dan kemudian potong kek dan makan bersama.Bila kami semua dah habis makan adik saya terus buka hadiah-hadiahnya. Adik saya mendapat anak patung princess, comel sangat...adik suka sangat dengan hadiah dari ibu.
Kalau kawan-kawan nak tahu adik saya ini minat sangat dengan cerita PowerPuff Girls jadi babah saya belikan dia barang-barang PowerPuff Girls. Ibu mengambil gambar adik saya memegang kesemua barang-barang Itu. Adik saya sangat gembira...
Kami memulakan pesediaan majlis hari jadi daripada pagi lagi, kami keluar ke kedai untuk membeli barang-barang majlis. Saya membeli perhiasan tulisan gantung yang tertulis HAPPY BIRTHDAY dan juga hadiah untuknya. Saya belikan dia rantai manik yang ada buah bentuk bear. Ibu dan babah beli kek aiskrim yang sangat sedap ......
Bila kami balik rumah, bekalan eletrik terputus tetapi kami tetap buat persediaan majlis. Cuma kena buat lebih cepat dari sepatutnya sebab takut kek aiskrim cair.....Masa kami hampir nak mulakan majlis, tiba tiba elektrik ada semula...alhamdulillah.Kami teruskan majlis dengan meriah sekali...
Akhir sekali saya ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk adik saya AIN NASLILLA

Khamis, 29 Julai 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Lukisan karikatur Pertama Saya.
Ini lukisan karikatur saya yang pertama. Ibu kata saya ada bakat ... hehehee...
Karikatur ialah lukisan wajah yang dikartunkan. Bukan wajah manusia saja, wajah binatang pun boleh.Saya selalu tengok babah lukis muka orang yang dikartunkan. Sebab itu saya teringin nak cuba. Jadi saya suruh adik saya, Lila jadi pelanggan pertama saya....hehehe.Bila dah siap saya tunjuk pada ibu, ibu suka sangat. Ibu suruh masuk dalam blog ni...mula - mula saya malu, tapi ibu kata yang pertama la yang kena simpan. Nanti boleh tengok semula bila bila nak.... Adik saya Lila pun suka lukisan ni. Dia suruh saya lukis lagi dan warnakan. Nanti saya nak buat yang warna pula. Bila dah buat saya letak dalam blog ni....
Saya harap saya boleh melukis dengan lebih baik dan cantik. Tengok la ye...jangan kutuk tauuuu.......
Sabtu, 8 Mei 2010
PAMERAN ANIMASI MALAYSIA DI PERPUSTAKAAN NEGARA
Pada 8 Mei 2010, hari Sabtu... Saya dan keluarga pergi melawat Pameran Animasi di Perpustakaan Negara. Saya sempat tengok pameran animasi lama yang pernah di tayang di TV. Banyak yang saya dapat tahu dari pameran iaitu bagaimana animasi itu dibuat. Babah dan ibu saya berkerja dalam bidang animasi jadi saya sangat bangga berada di sini.
Filem Putih juga ada di pamerkan di sini, babah saya buat cerita ini. Di rumah saya ada melihat beberapa lukisan babah yang ada gambar putih dan watak yang lain dalam cerita filem Putih ini. Saya juga diberitahu, babah juga membuat kartun tv "Sang Wira"... Baru saya tahu... Tapi sayang saya tak dapat tengok cerita Sang Wira. Harap satu hari nanti saya berpeluang menonton cerita Sang Wira....
Kat bawah ni ada gambar kartun Sang Wira. Kartun inilah yang babah saya pernah buat dulu....Saya juga pernah lihat gambar babah pakai kostum Sang Wira ini. Kelakar sangat !!!
Nanti saya letakkan di sini untuk kawan kawan ye....
Saya juga sempat melihat koleksi animasi lama. Saya juga dapat melihat bagaimana proses animasi dibuat. Sebenarnya proses animasi agak susah juga.... Di sini terdapat banyak kartun animasi yang bakal ditayangkan. Terdapat banyak poster animasi yang cantik. Saya tak sabar nak menontonnya. Saya harap semua cerita ini nanti akan lebih hebat dari Upin dan Ipin.
Saya dan adik beradik sempat mengambil beberapa gambar di Pameran ini.... Saya letakkan di sini untuk tatapan semua... Harap pameran macam ni selalu ada. Semoga Animasi Malaysia terus maju.
INI ANTARA PROSES BAGAIMANA ANIMASI DI BUAT. INI DIPANGGIL KEY DAN IB BERMAKSUD KEY ANIMATION DAN IN BETWEEN. SEMUA DI LUKIS DI ATAS KERTAS YANG JUGA DI PANGGIL CEL
BERGAMBAR KENANGAN........SERONOKNYA !!!!
Ahad, 15 November 2009
Hari Jadi yang ke-3, ALADIN
Hai..... hari ni saya nak cerita tentang adik saya yang comel... baru - baru ni, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik lelaki saya. Namanya Aladdin, sambutan hari jadi ini adalah hari jadi yang ke-3. Kami sambut keluarga saja tapi kami sambut dengan meriah....
Pada hari itu, kami hias rumah dengan cantik... Ibu juga sediakan makanan yang sedap - sedap.
Babah pula belikan hadiah dan kek untuk Aladin. Malam sebelum hari jadi Aladdin kami pergi ke Tesco membeli perhiasan untuk hari jadi Aladdin. Saya sangat seronok memilih sehingga rasa nak beli semua.... tapi ibu cakap kita gunakan tema biru. jadi semua perhiasan kami pilih warna biru...Kami beli belon, perhiasan dinding dan macam macam lagi. Paling istimewa, kami beli lilin bentuk lampu aladdin, sesuai sangat dengan adik saya, Aladdin....
Saya hadiahkan Aladdin cermin mata berwarna biru. Kebetulan adik saya ini sangat suka melawa...bila dapat cermin mata ni, dia terus pakai. Saya suka tengok.... Aladdin cakap dia hensem... kami sekeluarga gelihati melihat perangai Aladdin....
Khamis, 25 Jun 2009
MELAWAT KE PERPUSTAKAAN NEGARA.
Hai.... Asalamualaikum dah lama saya tak masuk dalam blog ini...
Hari ini saya nak cerita tentang aktiviti saya pada cuti sekolah yang lepas. Pada cuti sekolah yang lepas saya pergi ke Perpustakaan Negara. Saya pergi semperna Hari Mari Membaca. Di sana ada juga membuat jualan buku -buku. Perpustakaan Negara ada menyediakan ruang kanak-kanak. Saya masuk ke dalam perpustakaan kanak-kanak.Di dalam perpustakaan kanak-kanak terdapat banyak buku untuk dibaca. Terlalu banyak sampai saya tak tahu nak pilih buku mana untuk dibaca.
Saya baca banyak buku tapi ada dua buku yang paling saya suka. Buku itu bertajuk "Craft and Games" dan "Friendship Bracelet". Buku Craft and Games mengajar bagaimana nak membuat permainan daripada bahan terbuang. Contohnya seperti anak patung yang dibuat mengunakan kotak, dam gergasi, kapal terbang dan macam -macamlah..... Cara-cara membuatnya juga mudah.Nanti saya akan cuba buat dirumah. Selain seronok saya juga boleh jimat...Tak payah beli mainan mahal-mahal...
Buku frienship bracelet pula mengajar cara-cara nak membuat perhiasan diri dan pakaian dan kasut. Ada cara nak buat klip rambut, rantai dan gelang. Ada yang dibuat dari manik dan juga dari benang. Sangat cantik dan menarik. Saya pula memang suka dengan kerja kraft jadi buku ini sesuai sangat dengan saya...
Di dalam Perpustakaan kanak-kanak terdapat satu bilik dipanggil Pusat HiperMedia. Di Pusat HiperMedia terdapat satu bilik kecil dipanggil Sudut Ceria.Di dalam itu saya boleh tengok TV. Di situ juga ada beberapa biji komputer untuk bermain game pendidikan. Banyak yang saya dan adik-beradik saya dapat di perpustakaan. Selain seronok saya juga dapat menambah pengetahuan. Adik-adik saya juga amat suka pada hari itu...Mereka suka pada buku-buku yang berwarna-warni.Perangai adik-adik saya buat saya ketawa.Saya harap dapat datang ke Perpustakaan Negara lagi...

Langgan:
Ulasan (Atom)